KONICHIWA!!
● Tarikh : 22hb Apr. - 1hb Mei 2015
● Musim : Spring
Merancang lebih kurang 8 bulan. Mencari-cari destinasi menarik dan berbaloi, menanti waktu tiket murah lebih kurang 3 bulan barulah keputusan di buat. Apa2 pun tiket penerbangan kena beli dulu..baru yang lain menyusul. Mula menyimpan dan search kat internet utk budget bagi setiap destinasi dan perbelanjaan selama berada di sana. Pengalaman ke luar negara pertama saya ke Korea di ikuti Australia byk membantu saya meneruskan misi perjalanan ke Jepun. Pada mulanya hanya 3 orang saja yang confirm pergi..tapi pada 3 bulan terakhir bertambah lagi 2 orang..Jadi ber 5 lah kami ke Jepun kali ini. Untungnya 2 orang ini..tambang mereka 1/2 harga kurang dari kami kerana harga minyak (fuel) di mansuhkan dan kebetulan trajedi AirAsia (AA) jatuh di laut Sumatera, jadi harga tiket turun mendadak.
Budget dan itinerary perjalanan bermula pada bulan Januari. Mula2 kami cari tempat2 menarik di Jepun, kami juga search dan baca blog dan tips2 yg banyak terdapat dlm internet. Ini banyak membantu kami dlm menyenaraikan itinerary dan budget kami. Kerana harga tiket yg mahal pada bulan Mac, kami terpaksa ambil tarikh lewat sedikit iaitu pada pertengahan Apr. Berdasarkan pada link http://japancheapo.com/living/2015-japan-cherry-blossom-season-forecast/, tarikh "cherry blossom" di semua wilayah dan bandar Jepun, kami memutuskan untuk ke utara Jepun iaitu Hirosaki, negeri yang masih terdapat sakura nya lagi. Tapi atas nasihat JTB (Japan Travel Bureau) semasa kami berkunjung ke pejabat nya di Amoda Building, Jln. Imbi, perjalanan ke Hirosaki terlalu jauh dan mencadangkan kami ke wilayah Tohoku, ke utara Tokyo, 3 jam perjalanan dari Tokyo menaiki bullet train.
Dalam blog seterusnya, saya akan titipkan itinerary perjalanan kami selama 10 hari beserta gambar2 menarik di sepanjang perjalanan kembara kami ini. Ini lah rakan2 kembara saya:
Dari kanan ke kiri - Lizani, Saya, Hanis, Jam & Noor
1 bulan sebelum tarikh penerbangan, Lizani, mencadangkan kami buat t-shirt khas utk ke Jepun dan dipersetujui oleh semua. Lihat design baju Jepun kami siap dgn title lagi - "Tunggu Aku Datang, Japan".
Bersemangat kami!
Setelah budget di siapkan, kutipan duit pun bermula.. pertama sekali..kami ke JTB utk membeli JR pass, tiket train JR yg terdapat di Jepun. Kerana kami di sana 10 hari..jadi kami memilih pass utk 7 hari yg berharga RM902. JR pass ni memang berbaloi utk perjalanan ke seluruh Jepun. Lihat JR pass kami :
Kami juga menyewa Wifi dari JTB utk 9 hari @ RM35 sehari yg boleh sharing utk kami berlima. Atas cadangan JTB juga kami memutuskan utk ambil tour ke Mt. Fuji dan Cherry Blossom side-seeing di Wilayah Tohoku. Anda juga boleh survey dan memilih sendiri tour agent lain selain yang di unjurkan oleh pihak JTB kerana tak semua pilihan JTB adalah yg terbaik.
Penginapan pula kami memilih utk berurusan dgn Agoda, memandangkan ianya lebih murah berbanding agen2 penginapan yg lain yg terdapat dalam internet.
Kami bersepakat memilih bandar2 ini sebagai destinasi kami bagi misi kembara ini. Bandar2 yang dipilih adalah :
1. Tokyo
2. Tohoku
3. Kyoto
4. Osaka
5. Hiroshima.
Dalam perancangan awal kami, Yokohama, Nagoya dan Fukuoka juga termasuk dlm senarai bandar singgahan kami. Tapi memandangkan perjalanan dan itinerary kami yang padat, terpaksa kami gugurkan dari list kami.
Seminggu sebelum berangkat, Noor ditugaskan untuk menyusun dan print setiap laluan tren destinasi kami mengikut jadual yg telah kami persetujui. Saya pula bersiap sedia dgn list2 penginapan kami yang di tempah awal sebelum tarikh kami berangkat.
Tiba masa berangkat, maka dgn rasa seronok dan berdebar, kami berjumpa dan berkumpul di KLIA2 selepas maghrib. Kami cari makanan dulu untuk di isi sebelum menaiki pesawat kerana kami tidak menempah makanan malam didalam pesawat. Pernerbangan kami pada pukul 12.45 mlm. Kami hanya menempah sarapan pagi dlm pesawat sebelum sampai Airport Narita pada pukul 8.40 pagi pada hari yang sama waktu Tokyo. Waktu Jepun awal 1 jam dari Malaysia.
Tidaklah rumit sangat urusan imigration ketika di Narita Airport berbanding Melbourne ketika berkunjung ke sana. Segala pemeriksaan lancar dan dalam 1 jam kami sudah mula bergerak ke stesen tren utk ke Tokyo mencari tempat penginapan kami yg telah di tempah di Itabashi. Kami menginap di Lai's House untuk hari pertama sehingga hari ke 6 kami di Tokyo.
Sangat memuaskan dan bersih juga. Kami disedia kan dengan microwave dan electric kettle. Memasak tidak dibenarkan. Itu sudah cukup membantu kami dengan makanan segera yang kami bawa dari Malaysia seperti Nasi Goreng & segera Brahim, Maggi Mee cubs.
Di sini, semua hotel & guesthouse Check-In adalah pukul 4 pm dan Check-Out pula pada 11 am. Kami sampai di guesthouse kami pada pukul 12 tgh. untuk memyimpan bagasi kami yang besar dan berat. Bertuah nya kami, penjaga Guesthouse ini ada lah rakyat Malaysia yang sudah menginap 9 tahun di Jepun. Mudah lah kami berurusan dengan nya. Setelah selesai urusan dokumentasi dan menyimpan bagasi, kami pun memulakan jelajah Tokyo pada hari yang sama dan destinasi pertama menuju Ueno untuk mencari makanan halal. Perut dah lapar, cari punya cari, jumpa lah kami akan gerai kebab - Jumbo Doner Kebab.
Bermula lah perjalanan kami jelajah Jepun. Sila ke blog seterusnya untuk sambungan kembara KONICHIWA ini.
Part 1 : Hari 1 ke hari 5 (22hb - 26hb April) }
Part 2 : Hari 6 ke 8 (27hb - 29hb April) }
- masih dalam perangkaan, tunggu hasil nya! Tungguuuuu!!!!






